Monday, February 20, 2023

POGHAK

POGHAK - mengikut 'kamus' Bahasa Negeri Sembilan bermaksud bercucuk tanam di sekitar kawasan kediaman.


 Program poghak ini adalah cetusan idea (salah seorang) ahli lembaga koperasi Komega di mana beliau menyarankan agar komuniti serta ahli-ahli koperasi berusaha menanam pelbagai tanaman yang memberikan hasil untuk kegunaan sendiri. 

 Tujuan sebenar poghak ini antara lain bagi meringankan beban sara hidup komuniti ekoran kenaikan harga barang keperluan yang amat ketara ketika ini, jesteru beliau menyarankan agar jabatan pertanian turun padang sebagai pemudahcara bagi menjayakan program ini. 

Menyahut seruan ini semua ALK komega diharap dapat bersama-sama menyokong dan menyingsing lengan baju masing masing untuk mula mengerjakan poghak di beberapa tempat yang sesuai. Semoga dengan kudrat tenaga yang dah separuh abad, dengan bantuan peralatan berkebun dan bimbingan dari jabatan pertanian daerah Kuala Pilah projek ini diharap dapat dilestarikan pada masa terdekat.

Mohon mencadangka jenis2 tanaman/sayuran yang diperlukan:

1. kangkung

2. bayam

3. ulam raja

4. ....










Thursday, January 30, 2014

Alkisah, sebermula (GN1M)

Pertemuan santai di Hotel Nilai, Putra Nilai bersama-sama Presiden IPMG (Ikatan Perpaduan Melayu Gombak) Haji Nazlee b Aziz Yeop, sementara BASPEL (Persatuan Pemandu Bas Pelancong 1Malaysia) yang dipimpin Presiden Nor Aizam Abd Kadir mengatur pertemuan bersama-sama PMM (Persatuan Minang Malaysia). BBPM (Badan Bertindak Perpaduan Melayu) pula bertindak selaku tuan rumah.

Perbincangan berkisar pelbagai tajuk sambil menjamu selera, akhirnya tajuk 1Malaysia mengakhiri pertemuan. Pelbagai pandangan dan pendapat dilontarkan, tidak syak lagi 1Malaysia perlu diberi tafsiran dan tindakan baru. 

Kepimpinan NGO yang hadir di atas, bersepakat menubuhkan Gabungan NGO-NGO 1Malaysia (GN1M) dengan hasrat membantu rakyat Malaysia benar-benar memahami dan menghayati misi dan visi 1Malaysia.

Pertemuan seterusnya diadakan di beberapa tempat lain termasuk Dataran Underground, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Hasil pertemuan tersebut berjaya mengumpulkan beberapa founder untuk menerajui GN1M. Beberapa siri perbincangan dengan NGO-NGO India dan Cina dilakukan untuk mencari titik persamaan dan persetujuan berhubung perpaduan dan toleransi kaum di Malaysia.